Wednesday, 3 August 2011

Mari blaja mekap bersama cik ZAza?

Assalam dan hai kepada readers blog mimpi indah zaza.. apa khabar semua..di harap sihat walafiat, ceria dan happy2 selalu…hr pertama nak buat entry ni..berdebar2 jugak. Tp mungkin ada yg boleh luangkan sikit masa membaca semua info2 disini…mmg akan buat aku rasa berterima kasih sgt…minggu ni mmg minggu yg letih dan lesu buat aku. Bukan sbb berpuasa yer..tp letih tu dtg dr mental dan jiwa..secara automatic badan pun rasa lesu.. bila dah rasa lesu ni..semuanya akan turn to hazab dan hazabedah..rasa nak marah..malas nak buat itu ini..mls nak bersiap..haiz… aku cuba cari apa yg boleh menenangkan jiwa , boleh buat aku leka dan regain balik energy yg hilang…oh rupa2 nya jawapan ada disitu..hanya dgn mekap jer.. mekap buat aku gembira, happy, ceria dan semua yg positif dah ala2 terapi jiwa gitew.. aku tak mau berdebat dgn org yg tak suka perkara berkaitan mekap. Itu hak masing2... even lelaki tersayang aku pun mmg tentang habis2 jika aku bermekap. katanya mekap itu buang masa..buang duit…alahai…oleh itu disini aku senaraikan kebaikan dan keburukan mekap pada pandangan aku  tanpa rasa prejudis k.. ingat.. ini hanya pandangan aku jer..

Kebaikan mekap

1)      Mekap buat aku lebih berfikiran kreatif
2)      Mekap buat aku pandai susun atur masa sy.
3)      Mekap beri aku keyakinan pada diri
4)      Mekap buat aku rasa seperti seorang wanita sejati kikikikiki
5)      Mekap buat aku belajar byk tentang kosmetik secara berterusan dan secara automatiknya otak pun berjalan…tak ler beku jer…kikikiki

** kalau ada siapa nak tambah..silakan…

Keburukan mekap

1)      Asyik nak berbelanja menambah stok mekap mengikut peredaran semasa
2)      Dah jadi satu komitmen.
3)      Kena spend masa byk utk mekap mengikut event yg nak attend. Kalau dinner lagi lama la..haiz…
4)      Kena kutuk. Ni selalunya ada la kwn2 yg ala2 joyah akan ckp..oi…oi..mekap sakan ni.. nak ngorat sapa.. omg!!!

** Kalau ada sapa nak tambah..oh sedihnya..kakakaka..

Darlings...ingat senang nak mekap ker..ada step2 nyer tau…yg penting kena prepare muka sblm mekap tu supaya mekap leh tahan lama.. cantik..takder la org tgk pun leh koma..tp bg aku.. walau apa warna pun atau apa nama title mekap ko pun..itu unik dan bergantung pada kreativiti.. takder istilah cantik atau hodoh..aku betul2 menghargai darling2 aku yg suka jaga muka bg nampak fresh dan manis…bukan pucat lesi mcm mayat bergerak..oooppsss.. terlebey suda…kikikiki.. Bawah ni aku senaraikan steps sblm aku mekap..

STEP 1

1) Cuci muka – kena cuci muka yer syg.. aku plak jenis yg suka try mcm2 jenis pencuci muka tp aku highlightkan 3 jenis jer k..

- Anew facial cleanser – ada butiran manik2 halus biru dan putih. Cantik sgt hahaha, rasa bersih sgt muka lepas guna tp malangnya ia agak mengeringkan kulit. Lepas kita cuci muka dgn ni kena cpt2 pakai pelembap. Agak merengsakan kulit aku la jugak.

- Avon Solutions AM Total Radiance day cleanser – fungsinya bukan setakat embersih muka tp juga menjadikan muka lebih cerah dan tak kusam. Lepas aku pakai cleanser ni, muka aku mmg rasa sgt bersih dan sgt cekang. Kulit mcm ditarik cekang..fuh dah ala2 mcm pakai botox.. tp ekceli itu bkn petanda bagus..sbb once cleanser tu dah buat nuka ko cekang semcam..meaning tak sesuai la utk ko. Tp tetap aku tekankan..produk ni good sbb tak keringkan kulit.

- Sabun Beras Citra – berbentuk segi empat dan berwarna putih. Baunya mmg sgt2 harum..bau dia mcm combination beras dan daun pandan. Aku suka sgt.. bila guna tu dia mcm ada partikel2 halus mcm beras2 tak hancur sgt tu..  mmg masa mula2 pakai mcm tak yakin..tp lepas tu.. mmg takmau lepaskan. Fungsinya membersihkan muka ..as usual la kan.. tp ia mmg tak keringkan muka.. muka rasa lembut dan takder rasa kulit muka cekang atau tegang.. rasa mcm biasa jer.. I loike…kakaka..

STEP 2

2) Pengelupasan (Exfoliate) – Kena buat yer darling2 ku sekelian.. buang sel2 kulit mati sbb kulit kita ni pun ada cycle..mana2 kulit mati yg tak buang tu mmg tu la yg buat muka kusam.. lagi2 kalau ada drlings yg suka mekap ala2 gothic..step terpenting gothic style makeup..plss…exfoliate kulit muka k.. aku highlightkan satu produk yg begitu buat aku teruja setiap hari iaitu:-

- Gel Pengelupasan Syahirah – Mmg sgt puas hati..pastikan pakai ketika kulit muka dan jari kering. Pastu urutkan dgn lembut di muka taklebih 1 init atau bila ada kuar ketulan2 kecil tu.. lepas pakai muka rasa sgt2 lembut danlicin..mcm kulit baby.. best sgt. Try la..

** Ada tips bg yg nak buat bahan exfoliate sendiri di rumah..ini bg yg nak jimat la..

1)Blend 1 sudu besar oatmeal selama 5 saat dan campur dgn sikit air..agak2 la sampai jd paste yg boleh korang tonyoh kat muka. Urut perlahan2 di muka secara bulatan..selepas satu minit.. bilas la.. ATAU oatmeal tu boleh campur dgn sikit honey dan susu..utk extra moisture.

 2) Mix 1 sudu besar baking soda dgn any creamy cleanser korang as carrier. Urut lembut kat          muka utk 30saat dan bilas. Tp darlings..pastikan upls takder allergy dgn baking soda ni sbb ia boleh sebabkan tingling, itching atau burning sensation kat muka korang.

 STEP 3

3) Pakai Mask – penting utk muka lebih moisture..nak2 plak dah nak masuk 30 an ni..keanjalan atau elastic muka tu akan semakin susut la..so step ni penting. Ada bermacam2 jenis mask ni yer darlings.. nanti aku huraikan satu2 for next post k..

STEP 4

4) Pakai Toner – Toner penting utk menutup pori2 kecil dimuka selain menyegarkan wajah.. aku pernah guna 3 jenis toner iaitu Hada Labo with whitening arbutin, Anew rejuvenate revitalizing mineral toner, dan avon solutions true pore- fection skin refining toner. So far yg paling bagus adalah yg avon solutions tu. Sesuai dgn kulit aku yg berminyak. Hada labo mmg takder kesan lansung. Anew plak buat muka aku jd burn lepas beberapa hours mekap. Mmg disaste. Tp kebaikan dia ialah masing2 buat muka nampak licin dan smooth. Aku suka pakai toner ikut stail Hada Labo punyer step.. tepuk2 di muka..bkn guna kapas..tah la.. rasa syok jer buat mcm tu..kakakakak.
So darlings sekelian.. ini baru step sblm mekap yer..dimana step-step ni merupakan yg paling utama atau basic..jd pada yg belum tahu atau clear tu..aku harap leh la info ni sedikit sebanyak membantu.. nanti step2 mekap..kita jumpa di lain post ek..tata titi tutu..

** Petua kecantikan hari ini**
Jika ada darlings yg kulit muka kasar.. sapu muka dgn putih telur. Biarkan selama sejam. Jgn bercakap masa ni..den lepas tu bilas dgn air suam.. selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment