Wednesday, 3 August 2011

Facial mask dgn cik Zaza

Facial Mask

Darlings semua..seperti yg aku janji sblm ni..aku akan cuba sebaik mungkin huraikan pasal Facial Mask pada uols k.. Syg ku semua..facial mask ni mmg amat2 penting dlm routine penjagaan wajah. Pls..bg sesiapa yg tak start lg..mulakan dr hr ni.. darlings semua akan dpt rasa perbezaan kulit muka sebelum dn selepas buat facial mask… Bg aku plak..dah mcm2 jenis facial mask yg aku penah cuba..yg mahal.. yang murah..semua penah try..of course la yg mahal tu lagi best tp utk long term..mcm susah nak maintain.. yg murah pun ok asalkan konsisten.. di bawah ni aku senaraikan kebaikan dr pemakaian facial mask secara rutin mengikut pengalaman aku sendiri.. pastu..nanti kita review beberapa jenis mask yg aku penah pakai ek.. oh ya..mask ni ada 2 jenis so far yg aku penah jumpa la.. jenis kertas dan jenis paste. Jenis kertas ni dia lembap dan basah..kita just letak di muka mcm topeng tu. Jenis paste ni..dia mcm ubat gigi tu..kita sapu jer la guna jari atau brush kat muka..sapu tau.. bukan gosok.. dan paste ni ada 2 jenis plak.. ada yg solid jer paste dia dan ada yg dia boh partikel2 kecik…dpt rasa mcm kasar sikit.

Kebaikan dr pemakaian facial mask secara rutin mengikut pengalaman cik Zaza

1)      Mengekalkan kelembapan kulit muka secara berpanjangan
2)      Mencerahkan kulit muka
3)      Mengering dan kecutkan jerawat
4)      Mengurangkan bintik2 hitam
5)      Menegangkan kulit muka
6)      Menjadikan kulit muka terasa lembut dan nampak sihat

Aturan pakai facial mask mengikut rutin cik Zaza

- Pakai 3 kali seminggu. Setiap sesi tidak kurang dan tidak lebih dari 15 ke 20 minit. Ketika pakai facial mask pastikan posisi secara baring..dan relax.. jgn pakai mask pastu gi berlari kehulu kehilir buat keje umah plak..ada satu kawan..pakai mask den buat keje mop lantai..at the end muka naik biji2 gatal kecil. Dah tu dia pakai utk masa lebih dr sejam.. kalau paper facial mask..dia mmg takkan kering sbb tu dia ingat kena tunggu sampai kering kot… haiyoooo…

Review beberapa jenis mask yg pernah cik Zaza guna

1) Q10 Firming Facial Mask Collagen
            - Improve keanjalan kulit wajah, melembapkan, dan mencerahkan
            - Membantu kulit muka menjadi lembut dan halus
            - Kandungan Q10 nya kaya dgn antioksidan dimana ia aktif dlm perbaharui kulit  
              muka, beri keanjalan kulit muka dan anti kedutan

2) Hyaluronic Acid Facial Mask
            - Membantu menjadikan kulit muka sekata
            - Membantu memberi kelembapan yg tinggi pada kulit muka supaya nampak
              glow dan healthy.
- Membantu dlm pertumbuhan sel kulit baru
            - Mengandungi byk essence dr sayur2 dan buah2

3) Grape Seed Skin Whitening Mask
            - Melembabkan kulit, mengurangkan garis2 halus, bagi yg kulit kering, dia ada
              fungsi reduce water shortage in dry skin phenomenon

4) Osmosoft Herbal Mask
            - membantu mengawal sebum, mengurangkan pengeluaran minyak di wajah dan
             mengecilkan pori2 yg terbuka.

Ok lah darlings sume..ni lah antara yg aku pakai guna bt masa skrg..aku harap korang pun buat gak la..bkn per..utk jaga kulit muka..biar nampak cantik, muda dan tak kusam..penting tu.. ekceli ada lagi produk2 mask ni..pelbagai jenis dan brand. Bagi aku jgn takut nak cuba melainkan kulit ko tu sensitive. Bagi aku yg kulit tahan lasak ni..maen bedal jer la.. sampai disini dulu buat kali ini..nest post ada byk tips lagi.. tata titi tutu

**Petua kecantikan untuk hari ini**
Tips serikan wajah – ambil secekak daun pegaga bersama akarnya. Rebus dgn 2 gelas air sampai tinggal segelas air saja. Sejukkan dan minum sekali setelah dinner. Amalkan  3 kali seminggu.


No comments:

Post a Comment